Selasa, 25 April 2017

Pengakap

Hasil carian imej untuk lambang pengakap malaysia

Sejarah PPM

Sedikit benar negara-negara di Asia yang telah membuat kemajuan yang begitu banyak dan dengan sebegitu cepat seperti Malaysia dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Masa-masa dahulu adalah masa yang menggembirakan, penuh dengan berbagai-bagai sukaran dan bahaya.
 Bagi menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan adanya sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan kampong dinegeri ini. Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh. Pengakap tiba dinegeri ini dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain oleh Lord Baden Powell.
 Seorang daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama dijajahan ini.
 Bermula dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan ini merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut lebih dari 65000 orang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap, Pengakap Kelana dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap.
Hasil carian imej untuk lirik lagu pengakap malaysiaHasil carian imej untuk lirik lagu pengakap malaysia Semenjak itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur-ansur muncul dinegeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap yang pertama bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah pimpinan  N. M. Hashim dan Encik A. Z. Asagoff

Hasil carian imej untuk lirik lagu pengakap malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...