Sabtu, 27 April 2013

Siapa Boleh Berpolitik? Saya boleh tapi...


Sarana Ibubapa dan Sekolah

KUALA LUMPUR 24 Feb. — Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran sarana itu meminta pihak sekolah menukar imej agar dilihat sebagai tempat memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan masyarakat.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Muhyiddin berkata, imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar.

"Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak kita adalah dengan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

"Inisiatif ini melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun mulai 2013 hingga 2025 ialah hampir 11 juta orang,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian memperkenalkan dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi menyatukan setiap pihak berkepentingan kerana penglibatan semua pihak amat diperlukan untuk melahirkan aset negara yang berharga.

"Sarana Ibu Bapa memberi fokus kepada peranan ibu bapa dalam pendidikan.

Kajian OECD (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) dijadikan asas dalam penyediaan sarana ini.

"Dapatan OECD ini tidak menghairankan kerana jika kita teliti satu persatu, setiap aspek yang disenaraikan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada anak-anak.

"Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari keperluan dan kemudahan anak-anak belajar dalam keadaan yang selesa di rumah,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga diseru supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah.

Khamis, 25 April 2013

Program Pengarah Turun Padang Bawa Tuah

Bilik guru yang dulunya meriah kini lengang. Dimanakah guru semua?

Bilik mesyuarat sudah jadi bilik fail

Kaunter yang sentiasa sibuk namun sentiasa mesra memberi layanan

Pemantauan PdP. Tahniah Cg Aryati kerana menjadi insan terpilih!

Terima kasih Dato Hj Jemale bin Paiman (Penyelia Kanan JPNJ)dan Tuan Jaslan bin Muhadi (Penyelia KK PPDBP) kerana sudi menjenguk sekolah kami.

Tahniah kepada semua guru SK Seri Ladang. 100% Cemerlang



Khamis, 18 April 2013

Kejohanan Sepak Takraw Zon Senggarang

Atlet sekolah ini sedang beraksi di Dewan Serbaguna Kg Seri Ladang

Berjaya ke peringkat suku akhir dan turut pulang membawa pengalaman berharga

Rabu, 10 April 2013

English Carnival 2013 Primary School Senggarang Zone

Our school representatives in action.

Posing after doing action song

Certificate of participation

Isnin, 8 April 2013

Kejohanan Bola Baling : SK Seri Ladang Johan (L) Zon Senggarang

Tahniah semua pemain dan guru yang terlibat dalam kejohanan sukan bola baling.

Sekolah kita sememangnya memiliki bakat dalam sukan dan jarang menghampakan.

Slogan "Kami bertanding untuk menang" membuahkan hasil yang cemerlang.
Dalam bidang akademik, terapkan slogan "Kami belajar untuk jadi manusia berguna".

Rabu, 3 April 2013

Kempen Berhenti Merokok

Kempen seperti ini dapat memberi pendedahan kepada murid
tentang bahaya merokok

 Murid tahun 4,5 dan 6 lelaki dan perempuan perlu sedar dan bersedia
menangkis budaya merokok yang tidak sihat 

Penceramah dari Klinik Kesihatan Seri Merlong bersedia memberi
khidmat nasihat lanjut jika perlu

Rokok memang beracun dan merbahaya tapi masih ramai
yang membahayakan diri sendiri dan orang lain

 Janganlah cuba-cuba wahai anak muridku. Merokok bukan berfaedah pun

 Sesi soal jawab dapat menjawab kemusykilan murid tentang rokok

Isnin, 1 April 2013

Caring and Friendly - April


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran untuk semua guru dan murid-murid yang menyambut harijadi pada bulan ini. Pihak sekolah mendoakan semoga anda semua selamat dan berjaya dalam hidup. Amin

Nama KodTingkatan/Tahun NamaKelas Tkhlahir
AIMAN DANISH BIN MOHD ALI NASHRUDDIN D2 GEMILANG 16/04/2005
NUR AYU MAISARAH BINTI ZAKARIA D3 GEMILANG 20/04/2004
MUHAMMAD NURIQBAL BIN AHMAD D4 GEMILANG 26/04/2003
SITI NOOR SUHAIDAH BINTI MOHD DERIS D4 GEMILANG 07/04/2003
SITI NORSAHFIQAH BINTI SAROMAN D4 GEMILANG 09/04/2003
MUHAMAD IRSHAD BIN SURYADI D5 GEMILANG 30/04/2002
MUHAMMAD ARIFF FARHAN BIN SALIM D5 GEMILANG 15/04/2002
NOOR HAMIMAH BINTI KHAMIS G
05/04/1976
ZURINA BINTI NORVIT G
08/04/1969
MUHAMMAD YAZIR BIN ARIFEN G
20/04/1982
NOR AINI BINTI SAMIAN @ HJ. ABDUL KARIM S 09/04/1968

Kejohanan Bola Jaring : Sekolah kita Johan (P) Zon Senggarang


Olahragawati yang berjaya membawa pulang Pingat Emas dan
piala Johan Bola Jaring Zon Senggarang. Tahniah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...