Jumaat, 22 Mac 2013

Dokumentari - Pokok Betik Bercabang Lima di Belakang Sekolah

Pokok betik ini ada 5 cabang dan setiap cabang ada buahnya

Betik atau nama saintifiknya, Carica Papaya, ialah tumbuhan berbuah yang banyak tumbuh di negara ASEAN yang beriklim tropika. Asal-usulnya ialah dari Mexico Selatan.

Sebahagian daripada ciri-ciri pokok ini ialah berbatang tunggal, tinggi antara 2 hingga 7 meter, tenggah batang berongga, berbunga, daun majmuk berbatang panjang serta buah hijau dan berubah kuning apabila masak manakala isi buah putih dan berubah oren apabila masak. 

Khasiat buah betik ialah ia kaya dengan Vitamin C dan mineral yang berfaedah untuk badan. Daun mudanya boleh dijadikan sayur.

Buah betik ada yang bulat, panjang dan lonjong. Rasanya juga berbeza mengikut jenis. Biasanya buah betik beukuran 7 hingga 60cm dan boleh mencapai berat 9kg. 

Gambar yang disertakan di sini ilah pokok betik bercabang lima yang jarang ditemui tetapi tumbuh segar di belakang sekolah kami. Rahsianya? Datanglah lihat sendiri, baru boleh tahu rahsianya...

Jarang-jarang ditemui

Anak-anak pokok betik ini turut bercabang-cabang

Selasa, 19 Mac 2013

Derma Lahat Datu

 Alhamdulillah. Ini sumbangan murid dan guru sekolah kami
tanda cintakan tanahair. Biar tak seberapa, asalkan ikhlas

Wang derma yang berjaya dikumpul seluruh sekolah oleh PPD Batu Pahat

Miloman Datang...!!!

Pernahkah anda berbaris untuk minum secawan Milo?
Cuba ingat di zaman kanak-kanak dulu...

Murid seronok dan bertenaga selepas minum Milo.
"Minum Milo anda jadi, sihat dan kuat"
 
Kedatanganmu dinanti, kepulanganmu diharap kembali lagi

Isnin, 18 Mac 2013

Caring and Friendly - Mac


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran untuk semua guru dan murid-murid yang menyambut harijadi pada bulan ini. Pihak sekolah mendoakan semoga anda semua selamat dan berjaya dalam hidup. Amin


Nama KodTingkatan/Tahun NamaKelas Tkhlahir

MUHAMMAD DANISH BIN ROSLAN D1 GEMILANG 15/03/2006

MUHAMMAD HARRIEZ HAIQAL BIN RUZAIMI D1 GEMILANG 29/03/2006

UMMU MARYAM AZRA BINTI YUSMAR D1 GEMILANG 29/03/2006

MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD JALINI D2 GEMILANG 09/03/2005

LAILA NUR SYAHIRA BINTI ZULKARNAIN D3 GEMILANG 25/03/2004

MUHAMMAD HAIKAL HAKIMI BIN ASMAWI D3 GEMILANG 08/03/2004

NUR ASSYURAH BINTI ROSLI D3 GEMILANG 02/03/2004

NUR ATIQAH IRDINA BINTI ZAHARIN D3 GEMILANG 09/03/2004

SERI AYUNI BINTI KASIRAN D4 GEMILANG 08/03/2003

FAHMI AFIQ BIN ABDUL RAHMAN D5 GEMILANG 04/03/2002

MUHAMMAD HAZIK HAQIMI BIN ROHIMIN D5 GEMILANG 31/03/2002

AHMAD FAUZI BIN AHMAD SAZALI D6 GEMILANG21/03/2001

Rabu, 6 Mac 2013

Bintang Bersinar Lagi

Penyampaian pingat Kejohanan Padang dan Balapan Zon Senggarang

Wira sekolah bersama pingat pengganti keringat

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet sekolah dan jurulatih, Tn.Hj. Zulkifli, yang berjaya membuktikan sekolah kami bukan calang-calang. Semoga pencapaian dalam sukan mampu membentuk jasmani dan inteleks murid yang cemerlang. 

Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat menjalankan tugas dalam menjayakan temasya kejohanan tahunan ini. Berikut ialah pembawa pingat dan acaranya:

1. Mohd Akmal bin Rahman - Lontar Peluru L12 (Pingat Perak)
2. Mohd Nur Aliff bin Mohd Ayub - 200m L12 (Pingat Gangsa)
3. Mohd Ariff Farhan bin Salim - Lompat Jauh L12 (Pingat Gangsa)
4. Mohd Hazir Rariq bin Muhaini - 4X200m L12 (Pingat Perak)
5. Mohd Norizam bin Samean - 4X200m L12 (Pingat Perak)
6. Mohd Nur Aliff bin Mohd Ayub - 4X200m L12 (Pingat Perak)
7. Mohd Faiz bin Ahmad - 4X200m L12 (Pingat Perak)
8. Muhd Fahmy bin Jamadi - 4X200m L12 (Pingat Perak)

Bintang perempuan agak kurang bersinar tahun ni. Apa cerita?

Sekolahku Ceria

Pintu masuk menyambut kehadiran anda

Lambang sekolah berbentuk tugu

Logo 1Malaysia terbesar. Mungkin layak dicatat
di dalam Malaysia Book of Record 2013

Ruangan belajar yang rileks dan santai

Gambar guru dan kakitangan SKSL di laluan ke pejabat

Menyangkul kak?

Ruangan yang sesuai untuk sesi PdP luar kelas

Seronok rasanya melihat persekitaran sekolah yang semakin ceria dan indah. Semangat mengajar dan belajar pun semakin meningkat. Suasana yang sejuk mata memandang seperti inilah membuatkan saya sayang sekolah saya. Sekolahku, syurgaku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...