Isnin, 31 Disember 2012

Anugerah Cemerlang SKSL 2012

UPSR kita ditempat pertama, teratas, no.1 di DUN Rengit

Hanya beberapa sekolah sahaja yang dapat mengekalkan GPS bawah 2.0

Sekolah kita ke-3 terbaik dikalangan
semua sekolah rendah Gred A di seluruh Batu Pahat

Kadar celik ICT kami 4 bintang daripada 5

Tahniah! 
Kecemerlangan sekolah kami telah terbukti. 
Anugerah diterima silih berganti. 
Guru-guru dengan bakat tersendiri. 
Murid menjadi modal insan sejati

Jumaat, 28 Disember 2012

Sesi Pendaftaran Sekolah 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
  Ibu bapa turut bersemangat menyekolahkan anak
 Guru mendaftar secara professional
Segala urusan rasmi direkod dan kaedah 5S sentiasa dititikberatkan

Dipagi Jumaat yang indah, ibu bapa menghadirkan diri untuk mendaftarkan anak untuk bersekolah di sekolah  yang tercinta ini. Senyuman guru dan ibu bapa terukir menandakan persetujuan dan kesefahaman untuk menyerahkan dan menerima anak kesayangan agar dididik menjadi insan berguna.

Laporan mendapati segalanya berjalan lancar dan ternyata ibu bapa dan guru rasa selesa dengan sesi pendaftaran yang mudah dan efisien. Tahniah...

Rabu, 26 Disember 2012

Mesyuarat Awal Tahun 2013


 Tn. Guru Besar, En. Rohaizat
 Antara guru wanita yang berintegriti
 Antara guru lelaki yang komited
Wajah guru selepas bercuti panjang

SK Seri Ladang yang kami cintai bakal dibuka untuk sesi persekolahan mulai 2 Jan 2013. Guru-guru hadir untuk mendengar amanat dan pembentangan Tuan Guru Besar yang baru menjejakkan kaki ke sekolah ini, En. Rohaizat. Hari ini halatuju sekolah ditetapkan agar seiring visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Segala perancangan disusun rapi untuk menghadapi cabaran baru sesi 2013. Semoga sekolah kami kekal juara peringkat DUN Rengit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...