Rabu, 19 Jun 2013

Jaga-jaga Jerebu Melanda

Sekolah terjejas apabila debu, asap dan zarah pencemaran mengaburi pandangan.
Pencemaran dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera dan dibawa angin monsun.

Jarak penglihatan menjadi kurang jelas. Objek sejauh 1km sudah tidak kelihatan.

Padang tanpa pancaran sinaran matahari.
Jika pokok itu tidak kelihatan, jerebu menjadi asbut (asap + kabut)

Murid menggunakan topeng mulut untung mengelak penyakit 
seperti iritasi kerongkong, iritasi mata, iritasi kulit, sesak nafas, batuk-batuk dan lain-lain

Semua aktiviti luar dihentikan serta merta

Antara langkah berjaga-jaga untuk mengelak masalah disebabkan jerebu:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah atau mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Pencemaran diukur menggunakan kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) seperti jadual di bawah

Nilai IPUKualiti udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak sihat
201 - 300Sangat tidak sihat
301 - 400Berbahaya
401 - 500Sangat berbahaya
Lebih 501Darurat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...