Sabtu, 21 Februari 2015

Pelancaran Program NILAM 2015

Tahniah kepada Guru Media merangkap Guru Perpustakaan atas kejayaan pelancaran Program Nilam tahun 2015. Terima kasih juga atas kerjasama daripada semua guru bagi menjayakan program . Semoga Program Nilam dapat mencapai objektif dengan kerjasama sepasukan semua guru.

Berikut adalah ringkasan Program Nilam Peringkat Sekolah Rendah




‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
  • Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui akitivti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
  • Program ini dilaksanakan bermula Tahun Satu sehinggalah tamat persekolahan.

MATLAMAT

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF
  • Menjadikan murid banyak membaca
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM

Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod NILAM

Guru
Guru mengesahkan serta menandatangi rekod bacaan murid. Data rekod murid hendaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisa.

Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, tingkatan, seluruh negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.

Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...