Isnin, 25 Februari 2013

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pustakawan

Ucapan Timbalan Ketua Balai Polis Rengit Sarjan Mahat bin Hassan

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas

Penyampaian Watikah Pelantikan Pustakawan

Penerimaan Surat Kuasa Merotan untuk Cg. Ahmad dan Ustz. Yusmar

Cenderahati untuk kenangan

Kami pengawas dan pustakawan rela memikul amanah 
sebagaimana yang telah ditugaskan

Tugas membenteras jenayah adalah tanggungjawab 
semua warganegara. Kerjasama erat guru dan polis
 menjamin persekitaran sekolah yang aman. 
(Sekadar gambar hiasan)

Sabtu, 23 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

 Perarakan Maulidur Rasul dimulakan dari surau Seri Ladang

Berarak sambil berselawat

Perarakan memasuki kawasan sekolah

 Selawat ke atas nabi tanda kecintaan

 Kumpulan selawat di pentas

 
Tuan Guru Besar berucap

Persembahan nasyid Tahun 6

Hadirin mendengar ceramah agama disampaikan Ustz. Yusmar

Nyanyian nasyid murid Tahun 5

Nyanyian nasyid murid tahun 4

Pertandingan kuiz mengikut rumah sukan 

Penyampaian hadiah

 
Jamuan makan

 Jika kurang boleh ditambah...

 
Makan kenyang-kenyang

Suasana panorama di dewan

Para ibu bapa menjamu selera

Rabu, 20 Februari 2013

Pertandingan Kain Rentang Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Rumah kuning dengan efek ton warna menarik

Rumah hijau dengan logo tersendiri

Rumah biru dengan tema dedaunan

Rumah merah dengan bingkai yang kreatif

Bahang Maulidur Rasul peringkat sekolah sudah terasa. Bermula 7:20-8:50 pagi, murid bekerjasama menyertai pertandingan kain rentang mengikut rumah sukan. Guru-guru juga tidak terlepas untuk menumpahkan kreativiti mereka sebagai tanda cinta dan sayang pada Rasulullah S.A.W. 

Murid-murid yang secara sukarela ingin mempersembahkan nyanyian nasyid juga berlatih tanpa henti mengalunkan kata-kata pujian kepada Allah dan selawat ke atas nabi.

Kesimpulannya, sambutan Maulidur Rasul kali ini pasti lebih meriah dan berbeza. Guru dan murid sebagai satu komuniti kecil sekolah perlu bersatu dan berganding bahu dalam menyahut cabaran pendidikan yang serba baru bak slogan tahun ini "Wasyatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". 

Isnin, 18 Februari 2013

Sekolah Dapat RM30,000

Guru dan AJK PIBG gembira menerima RM30,000

Y.B. Dr. Mohd Puad Zarkashi menyampaikan cek di SM Tinggi Batu Pahat

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Y.B. kerana sudi menyampaikan cek RM30,000 dalam majlis penyerahan bantuan penyelenggaraan sekolah-sekolah daerah Batu Pahat.

Semoga sekolah akan bertambah ceria, lengkap dengan infrastruktur yang diperlukan, terselenggara dengan baik agar pengajaran guru dan pembelajaran murid berada ditahap optimum untuk mencapai kejayaan yang maksimum.

Caring and Friendly - Februari



Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran untuk semua guru dan murid-murid yang menyambut hari jadi pada bulan ini. Pihak sekolah mendoakan semoga anda semua selamat dan berjaya dalam hidup. Amin

Senarai nama :
Nama Tahun Tkhlahir
SITI NUR AMIRA BINTI MUSNGALI @ MUSA ALI PRA 12/02/2007
SITI NUR AIN BINTI ROSKELANA D1 16/02/2006
AIN VIDA HANANI BINTI MD AB AZIZ D2 18/02/2005
MUHAMMAD HAKIM BIN SAHANI D2 04/02/2005
IRDINA BINTI ZAKARIA D3 15/02/2004
MUHAMMAD ASYRAF BIN AHMAD SAIRIN D3 12/02/2004
NUR INSYIRAH BINTI SURYADI D3 19/02/2004
MUHAMAD FARID BIN KAMARUDIN D5 20/02/2002
MUHAMMAD AMIRULHAQ BIN MAHIRAN D5 05/02/2002
MUHAMMAD AZIM BIN MAT SEH D5 18/02/2002
MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD D6 08/02/2001
MUSA BIN OMAR G 18/02/1958
NORAINI BINTI AHMAT ESKAH G 21/02/1966
ROZILAWATI BINTI MOHAMED SALLEH G 02/02/1982

Selasa, 5 Februari 2013

Dokumentari - Atlas Kunjungi Sekolah


Baru-baru ini, sekolah kami dikunjungi oleh Atlas, rama-rama terbesar di dunia. 

Atlas atau nama saintifiknya Attacus Atlas ialah sebahagian fauna yang dikenal pasti mendiami hutan hujan tropika di negara ini.

Rama-rama gergasi ini dinamakan sebagai Atlas kerana corak pada sayapnya yang seolah-olah kelihatan seperti peta dunia.

Atlas dinobatkan sebagai rama-rama terbesar di dunia berukuran sekitar 25 sentimeter dan mempunyai sayap yang besar serta memiliki corak berwarna-warni yang menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, rama-rama jenis ini dikatakan kurang stabil untuk terbang memandangkan saiznya sayapnya yang lebar dan nipis.

Jangka hayat Atlas ini tidak panjang. Spesis ini dilaporkan hanya mampu untuk hidup untuk selama dua minggu saja selepas bertukar dari seekor ulat kepada rama-rama dewasa.

Untuk menjadi seekor rama-rama dewasa seperti ini ulat beluncas perlu sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong. 

Menurut pakar yang mengkaji rama-rama tersebut, kehidupan rama-rama itu lebih terarah semata-mata untuk pembiakan spesisnya dan hidup liar di hutan hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara, termasuk di archipelago kepulauan Melayu nusantara.

Selain itu, dikatakan juga bahawa Atlas menggunakan sayapnya yang besar itu untuk menakut-nakutkan haiwan pemangsa dan melindungi diri dari sebarang ancaman di kawasan sekitarnya.

Coraknya hampir menyerupai seekor harimau dan hujung sayapnya juga kelihatan seperti kepala ular.

Oleh kerana itu, Atlas digelar sebagai rama-rama ‘kepala ular’ di China ekoran penghujung sayapnya yang kelihatan sangat mirip kepada kepala ular.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...