Jumaat, 22 Mac 2013

Dokumentari - Pokok Betik Bercabang Lima di Belakang Sekolah

Pokok betik ini ada 5 cabang dan setiap cabang ada buahnya

Betik atau nama saintifiknya, Carica Papaya, ialah tumbuhan berbuah yang banyak tumbuh di negara ASEAN yang beriklim tropika. Asal-usulnya ialah dari Mexico Selatan.

Sebahagian daripada ciri-ciri pokok ini ialah berbatang tunggal, tinggi antara 2 hingga 7 meter, tenggah batang berongga, berbunga, daun majmuk berbatang panjang serta buah hijau dan berubah kuning apabila masak manakala isi buah putih dan berubah oren apabila masak. 

Khasiat buah betik ialah ia kaya dengan Vitamin C dan mineral yang berfaedah untuk badan. Daun mudanya boleh dijadikan sayur.

Buah betik ada yang bulat, panjang dan lonjong. Rasanya juga berbeza mengikut jenis. Biasanya buah betik beukuran 7 hingga 60cm dan boleh mencapai berat 9kg. 

Gambar yang disertakan di sini ilah pokok betik bercabang lima yang jarang ditemui tetapi tumbuh segar di belakang sekolah kami. Rahsianya? Datanglah lihat sendiri, baru boleh tahu rahsianya...

Jarang-jarang ditemui

Anak-anak pokok betik ini turut bercabang-cabang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...