Rumah kuning dengan efek ton warna menarik
Rumah hijau dengan logo tersendiri
Rumah biru dengan tema dedaunan
Rumah merah dengan bingkai yang kreatif
Bahang Maulidur Rasul peringkat sekolah sudah terasa. Bermula 7:20-8:50 pagi, murid bekerjasama menyertai pertandingan kain rentang mengikut rumah sukan. Guru-guru juga tidak terlepas untuk menumpahkan kreativiti mereka sebagai tanda cinta dan sayang pada Rasulullah S.A.W.
Murid-murid yang secara sukarela ingin mempersembahkan nyanyian nasyid juga berlatih tanpa henti mengalunkan kata-kata pujian kepada Allah dan selawat ke atas nabi.
Kesimpulannya, sambutan Maulidur Rasul kali ini pasti lebih meriah dan berbeza. Guru dan murid sebagai satu komuniti kecil sekolah perlu bersatu dan berganding bahu dalam menyahut cabaran pendidikan yang serba baru bak slogan tahun ini "Wasyatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan