Tn. Guru Besar, En. Rohaizat
Antara guru wanita yang berintegriti
Antara guru lelaki yang komited
Wajah guru selepas bercuti panjang
SK Seri Ladang yang kami cintai bakal dibuka untuk sesi persekolahan mulai 2 Jan 2013. Guru-guru hadir untuk mendengar amanat dan pembentangan Tuan Guru Besar yang baru menjejakkan kaki ke sekolah ini, En. Rohaizat. Hari ini halatuju sekolah ditetapkan agar seiring visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Segala perancangan disusun rapi untuk menghadapi cabaran baru sesi 2013. Semoga sekolah kami kekal juara peringkat DUN Rengit.