Selasa, 5 Februari 2013

Dokumentari - Atlas Kunjungi Sekolah


Baru-baru ini, sekolah kami dikunjungi oleh Atlas, rama-rama terbesar di dunia. 

Atlas atau nama saintifiknya Attacus Atlas ialah sebahagian fauna yang dikenal pasti mendiami hutan hujan tropika di negara ini.

Rama-rama gergasi ini dinamakan sebagai Atlas kerana corak pada sayapnya yang seolah-olah kelihatan seperti peta dunia.

Atlas dinobatkan sebagai rama-rama terbesar di dunia berukuran sekitar 25 sentimeter dan mempunyai sayap yang besar serta memiliki corak berwarna-warni yang menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, rama-rama jenis ini dikatakan kurang stabil untuk terbang memandangkan saiznya sayapnya yang lebar dan nipis.

Jangka hayat Atlas ini tidak panjang. Spesis ini dilaporkan hanya mampu untuk hidup untuk selama dua minggu saja selepas bertukar dari seekor ulat kepada rama-rama dewasa.

Untuk menjadi seekor rama-rama dewasa seperti ini ulat beluncas perlu sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong. 

Menurut pakar yang mengkaji rama-rama tersebut, kehidupan rama-rama itu lebih terarah semata-mata untuk pembiakan spesisnya dan hidup liar di hutan hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara, termasuk di archipelago kepulauan Melayu nusantara.

Selain itu, dikatakan juga bahawa Atlas menggunakan sayapnya yang besar itu untuk menakut-nakutkan haiwan pemangsa dan melindungi diri dari sebarang ancaman di kawasan sekitarnya.

Coraknya hampir menyerupai seekor harimau dan hujung sayapnya juga kelihatan seperti kepala ular.

Oleh kerana itu, Atlas digelar sebagai rama-rama ‘kepala ular’ di China ekoran penghujung sayapnya yang kelihatan sangat mirip kepada kepala ular.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...