Selasa, 24 Mac 2015

ALUMNI SEKOLAH

ALUMNI SEKOLAH

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Kumpulan sokongan Ibu, Bapa dan Penjaga

Kumpulan sokongan Ibu, Bapa dan Penjaga

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa

Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Hubungan Sekolah dan Komuniti

Hubungan Sekolah dan Komuniti

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Kemalangan dan Kecemasan

Kemalangan dan Kecemasan

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Kesihatan dan Keselamatan

Kesihatan dan Keselamatan

Maaf . Sedang Dalam Pembinaan

Peraturan Sekolah





Sabtu, 21 Februari 2015

Pelancaran Program NILAM 2015

Tahniah kepada Guru Media merangkap Guru Perpustakaan atas kejayaan pelancaran Program Nilam tahun 2015. Terima kasih juga atas kerjasama daripada semua guru bagi menjayakan program . Semoga Program Nilam dapat mencapai objektif dengan kerjasama sepasukan semua guru.

Berikut adalah ringkasan Program Nilam Peringkat Sekolah Rendah




‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
  • Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui akitivti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
  • Program ini dilaksanakan bermula Tahun Satu sehinggalah tamat persekolahan.

MATLAMAT

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF
  • Menjadikan murid banyak membaca
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM

Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod NILAM

Guru
Guru mengesahkan serta menandatangi rekod bacaan murid. Data rekod murid hendaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisa.

Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, tingkatan, seluruh negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.

Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca

Rabu, 21 Januari 2015

Tahniah Tuan Azhan

Tn. Azhan bin Besah@Sitam
Pegawai PPDa
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
absitam@yes.my

2015 ini sekolah kehilangan seorang wira yang telah 26 tahun berjuang meningkatkan taraf pendidikan murid-murid sekolah rendah di kawasan Seri Ladang sejak 1989. Beliau yang berkemahiran mengajar Bahasa Melayu telah dinaikkan pangkat ke PPD Batu Pahat tahun ini.

Penglibatan beliau yang juga aktif dalam berpengakap dan ringan tulang dalam urusan sukan dan pembangunan sekolah menjadikan pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar kepada semua guru dan staf SK Seri Ladang.

Sekalung tahniah diatas kenaikan pangkat tuan...
Sejambak kasih diatas pengorbanan dan budi tuan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...